Salam sejahtera, Armada. Transmisi kali ini sangat kritikal. Komander perlukan khidmat korang bukan untuk tembak zombi atau lari dari Entiti, tapi untuk godam dan uji pangkalan data rasmi kita yang baru siap dinaik taraf. Sistem HUD siber Aboz Adventures V2.0 kini secara rasmi memasuki fasa Ujian Beta Terbuka. Komander nak korang masuk, selongkar, dan cari kelemahan sistem ni sampai lebam.
1. Apa Tujuan Ujian Beta Ini?
Macam mana kebal pun sesuatu perisai, mesti ada titik lemahnya. Website versi 2.0 ni Komander dah sumbat dengan macam-macam skrip taktikal, efek neon, dan kotak amaran siber. Jadi, sebelum kita buat pelancaran besar-besaran kat seluruh dunia maya, Komander perlukan korang untuk jadi penguji (QA Tester) pertama. Kita nak pastikan takde skrin yang pecah, butang yang rosak, atau tulisan yang lari bila korang buka guna pelbagai jenis peranti.
"Sistem yang ampuh bukan lahir dari kod yang sempurna, tapi dari beribu kali kegagalan yang dibaiki di medan ujian." (Log Arkib Pembangunan)
2. Misi Korang: Godam & Uji Sektor Ini
Korang diberi akses penuh untuk merayau dalam pangkalan data ni. Sambil-sambil tu, Komander nak korang fokus pada beberapa sektor penting ni. Tekan, skrol, dan tengok tindak balas dia:
- Hologram Visual (Imej): Pergi cari mana-mana gambar dalam artikel dan klik gambar tu. Sepatutnya dia akan keluar efek kembang siber yang osem beserta bingkai HUD. Kalau gambar tu keluar kat tab lain yang membosankan, lapor segera!
- Radar Navigasi (TOC): Cuba klik senarai isi kandungan kat atas tu. Adakah dia skrol ke bawah dengan lancar atau tersangkut-sangkut?
- Sistem Paparan Telefon: Tengok kotak-kotak amaran dan jadual data. Ada tak tulisan yang terkeluar dari sempadan skrin telefon korang?
3. Senarai Semak Penyelenggaraan (Taktikal)
Untuk mudahkan operasi, radar pangkalan dah senaraikan tugas korang dalam jadual di bawah. Buat satu-satu dan pastikan semuanya beroperasi pada tahap hijau.
| Modul Sistem | Tindakan Armada | Status Sasaran |
|---|---|---|
| Terminal Modal Imej | Klik gambar untuk buka paparan penuh berserta efek HUD. | Muncul lancar (Tiada Error) |
| Jadual Data Siber | Cuba leret (swipe) jadual ke kiri/kanan di skrin telefon. | Boleh digerakkan tanpa merosakkan layout web. |
| Borang Transmisi (Shadow Story) | Buka menu dan cari jalan ke borang penghantaran cerita. | Pautan berfungsi dan borang sedia menerima fail log. |
AMARAN SISTEM: Semasa melakukan ujian, jika skrin telefon korang tiba-tiba berkelip tanpa sebab atau ada bunyi statik pelik, jangan panik. Kemungkinan besar itu hanyalah bug HTML. Tapi kalau benda tu berterusan sampai tengah malam, mungkin ada Entiti yang sedang "menumpang" baca artikel sama-sama.
4. Cara Melaporkan Kerosakan (Bug Report)
Kalau korang jumpa benda yang cacat, janggal, atau tak berfungsi macam yang sepatutnya, jangan simpan sorang-sorang. Terus tinggalkan laporan di ruangan komen kat bawah fail log ni. Tulis jenis peranti yang korang guna (contoh: Samsung A16 5G atau iPhone 13) dan apa masalah yang korang jumpa.
Setiap laporan korang sangat bernilai untuk siapkan perisai pangkalan kita. Komander akan pantau ruangan komen dan baiki kod serta-merta. Misi Ujian Beta bermula sekarang. Komander log keluar.
