PANGKALAN DATA ABOZ
MENUNGGU ISYARAT SISTEM... 0%
!
TRANSMISI INTEL

MENGESAN SATELIT FB...

Fail Log #001: Arkib Aboz Shadow Story Kini Dibuka Untuk Armada

Salam sejahtera, penyiasat dan seluruh Armada. Selama ini Komander banyak fokus merempuh game seram di skrin peranti kita. Tapi kali ini, misi kita berubah arah. Kita bukan lagi melawan piksel dan kod komputer, tapi kita selami realiti gelap yang wujud di sekeliling kita. Hari ini, pintu bilik kebal rahsia Pangkalan Data rasmi dibuka. Selamat datang ke Aboz Shadow Story.

1. Apa Itu Aboz Shadow Story?

Ini bukan rekaan. Ini adalah arkib fail sulit yang memfokuskan kepada pengalaman mistik dan pertemuan dengan Entiti sebenar. Komander tahu, dalam ramai-ramai ahli Armada kita, pasti ada yang pernah terserempak, ditegur, atau diganggu oleh benda yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Ruangan ini adalah tempat korang lepaskan segala rahsia tu.

"Sesuatu yang tak nampak tak bermakna ia tak wujud. Kadang-kadang, bila kau rasa bilik kau tiba-tiba sejuk dan meremang, itu tandanya kau bukan lagi berseorangan di situ." (Log Komander)

2. Protokol Menghantar Cerita (Borang Transmisi)

Komander perlukan bantuan korang untuk penuhkan arkib ini. Kalau korang ada pengalaman seram tak kisahlah masa kat asrama, memandu di lebuh raya sunyi, atau kat rumah sewa lama, hantarkan isyarat tu kepada radar Pangkalan. Macam mana nak hantar? Ikut langkah mudah ni:

  • Gunakan butang Hantar Cerita (atau akses melalui A.V.A Navigator) untuk ke Borang Transmisi.
  • Tulis cerita korang selengkap yang mungkin. Masa, tempat, dan suasana sangat penting.
  • Komander akan baca, tapis, dan olah semula cerita korang dengan gaya penceritaan taktikal Aboz Adventures sebelum diterbitkan jadi artikel atau video.

3. Klasifikasi Fail Seram (Sistem Arkib)

Untuk pastikan Pangkalan Data kita teratur, setiap cerita yang korang hantar akan dikelaskan mengikut tahap ancaman dan lokasi operasi. Jadual kat bawah ni tunjuk macam mana sistem radar kita susun fail-fail korang nanti.

Kod Klasifikasi Jenis Lokasi Entiti Tahap Gangguan
Sektor A (Akademik) Sekolah, Asrama, Universiti, Kem Bina Semangat Visual dan Bunyi
Sektor J (Jalanan) Lebuhraya sunyi, Hutan, Kawasan kemalangan Penampakan jelas dan Ilusi
Sektor R (Residensi) Rumah sewa, Banglo terbiar, Hotel bajet Sentuhan fizikal dan Rasukan

4. Etika Perkongsian Misi

Sebelum korang hantar cerita, pastikan cerita tu betul-betul terjadi. Kita tak nak rekaan sebab vibe cerita benar ni dia punya seram lain macam, meremang dia sampai ke tulang. Nak rahsiakan nama atau lokasi spesifik? Boleh sangat. Beritahu je dalam borang tu supaya Komander letak status "SULIT" pada identiti korang.

AMARAN SISTEM: Selepas membaca mana-mana fail dari arkib Shadow Story, pastikan korang tak tegur sebarang bunyi aneh yang datang dari bumbung atau luar tingkap. Entiti suka bila kehadiran mereka diakui.

5. Misi Bermula Sekarang

Ini baru permulaan. Kalau radar Pangkalan kesan cerita yang cukup kuat dan seram, Komander sendiri akan rakam audio dan jadikan ia satu transmisi video eksklusif di channel YouTube kita. Jangan peram cerita seram tu sorang-sorang.

Pergi ke ruangan Borang Transmisi sekarang. Komander sedia menanti log korang. Berhati-hati malam ini. Komander log keluar.

[ CONNECTING... ]
LOC: 0.00 / 0.00

Diskusi Bawah Tanah

Tinggalkan Komen