PANGKALAN DATA ABOZ
MENUNGGU ISYARAT SISTEM... 0%
!
TRANSMISI INTEL

MENGESAN SATELIT FB...

Panduan Penuh Game 'Transmisi Terputus'

Selamat datang ke pangkalan data sulit Aboz Adventures. Dokumen ini merupakan Manual Operasi Game Master (GM) Lengkap untuk sistem Aboz Cybercore V15.3. Panduan ini menjelaskan secara terperinci setiap logik, matematik, peratusan RNG, dan mekanisme tersembunyi di dalam sistem.

1. Sistem Keselamatan & Log Masuk

Kawasan ini menguruskan pangkalan data pengguna, tapisan keselamatan, dan ganjaran rangkaian ejen.

  • Pengesahan OTP (One-Time Password): Setiap pendaftaran baharu wajib melepasi sistem 6 digit OTP yang dihantar ke e-mel berdaftar melalui Google Apps Script (GAS). Sistem kotak OTP mempunyai fungsi auto-lompat (auto-focus next) apabila ditaip.
  • Sistem Pemulihan (Forgot Password): Menghantar kata laluan asal yang telah dinyah-sulit (decoded) kembali ke e-mel ejen jika terlupa.
  • Sistem Rujukan (Referral Link):
    • Pemain boleh menyalin pautan unik (cth: ?ref=UID123) dari Menu Profil.
    • Apabila rakan mendaftar melalui pautan tersebut dan menamatkan 1 misi pertama (kalah atau menang), sistem akan memicu checkReferralReward().
    • Ganjaran: Kedua-dua pemain (Perujuk & Pemain Baru) akan automatik menerima +5 Kredit percuma berserta animasi hujan syiling (Coin Animation).
  • Tapisan Kata Nama: Simbol khas adalah dilarang keras. Perkataan "GM" juga diharamkan daripada digunakan oleh pemain awam untuk mengelakkan penyamaran pentadbir.

2. Antaramuka Papan Pemuka (HUD & Menu Utama)

Paparan utama ejen sebelum memulakan misi. Setiap ikon mempunyai fungsi pengurusan khusus.

Lencana Sumber (Atas Kiri)

  1. Nyawa (Hati Merah): Had maksimum adalah 3 (atau 4 untuk kelas Askar). Ditolak jika mati atau gagal QTE. Pemain wajib membeli nyawa di kedai jika bakinya 0 untuk kembali bermain.
  2. Beg Galas (Beg Ungu): Menyimpan item fizikal yang dijumpai semasa misi (Contoh: Pemetik Api). Terdapat notifikasi pop-up khas apabila item dijumpai.
  3. Intel (Permata Cyan): Mata wang khas untuk membeli 'Klu' semasa buntu di dalam permainan. Tekan ikon ini masa di dalam game untuk membelanjakan 1 Intel.
  4. Kredit (Syiling Emas): Mata wang premium utama untuk membeli Kelas Peranan, Nyawa, Intel, dan menukar Nama.

Panel Kawalan (Atas Kanan)

  • Ikon Profil (Topi Angkasa): Memaparkan UID Ejen. Pemain boleh menukar E-mel dan Kata Laluan di sini. Penukaran Kod Nama dikenakan caj 10 Kredit.
  • Ikon Kedai (Store): Akses ke Pasaran Gelap (Lihat Seksyen 3 untuk harga).
  • Ikon Tugasan (Papan Misi):
    • Bonus Log Masuk: Sistem memberi +1 Kredit dan +1 Intel secara automatik setiap hari (berdasarkan penjejakan lastLoginDate).
    • Sistem Cabutan Misi: Sistem akan menarik 3 misi rawak daripada 5 pangkalan data misi setiap hari (Main 3 Misi, Mati 2 Kali, Menang 1 Kali, Guna 5 Kredit, Jumpa 1 Lore).
    • Lampu Amaran Pintar: Jika pemain melengkapkan misi tetapi belum menuntut ganjaran, Titik Emas (Dot) pada butang akan berdenyut memanggil pemain.
  • Ikon Tetapan (Gear): Akses kepada:
    • Audio: Bisu / Aktif (Mengawal BGM, SFX, dan Bunyi Jantung).
    • Kelajuan Teks: Kitaran antara Normal (1x), Laju (0.5x), dan Lambat (2x). Pilihan ini disimpan di LocalStorage pemain.
    • Arkib Pencapaian: Menjejaki peratusan 15 pengakhiran berbeza.
    • Fail Siasatan (Lore): Memaparkan 5 serpihan cerita yang dijumpai di kawasan rahsia.
    • Leaderboard: Menarik senarai Top 10 ejen dari Firebase berdasarkan jumlah ending. Nama pentadbir (GM) disaring keluar secara automatik dari senarai ini.

3. Sistem Ekonomi & Pasaran Gelap (Store)

Platform pertukaran kewangan dan sumber menggunakan integrasi gerbang pembayaran sebenar.

Kategori Pakej & Harga Nilai yang Diterima
KREDIT (FPX) RM 1.00
RM 5.00
RM 10.00
10 Kredit
55 Kredit (Bonus +5)
120 Kredit (Bonus +20)
INTEL 2 Kredit
8 Kredit
15 Kredit
2 Intel
10 Intel
25 Intel
NYAWA 3 Kredit
5 Kredit
7 Kredit
1 Nyawa
2 Nyawa
3 Nyawa (Penuh)

Nota GM: Pembelian menggunakan FPX akan dihalakan ke Toyyibpay. Sistem 'checkPaymentReturn' akan menyemak kesahihan bil dari Firebase sebelum melepaskan animasi syiling dan kredit ke akaun pemain.

4. Pangkalan Data Peranan (Kelas Carousel)

Mekanisme slaid leret (Carousel) menggunakan Flexbox yang memberikan kelebihan taktikal yang unik pada setiap pusingan baharu.

  • Juruteknik (Percuma): Mula dengan Bateri 25%. Namun, Mental Maksimum disekat pada 75% sahaja.
  • Ahli Psikologi (Percuma): Mula dengan Bateri kritikal 10%. Namun, Mental tebal 150% dan menerima suntikan dana 10 Kredit pada permulaan misi.
  • Penyeludup (30 Kredit): Dibekalkan item 'Pemetik Api' dari awal. Bateri 12%, Waras Max 80%.
  • Askar Bayaran (60 Kredit): Bateri 15%, Mental 100%. Menerima 4 Kapsul Nyawa Maksimum (satu-satunya kelas dengan 4 nyawa) dan item 'Pemetik Api'. Dilucutkan semua Intel (0).
  • Rehiker (100 Kredit): Bateri 15%, Mental 60% (Sangat terdedah kepada halusinasi). Menerima +4 Intel Mula percuma.

5. Enjin Dinamik Permainan & Persekitaran Seram

Sistem ini bukan sekadar teks, ia responsif terhadap tindakan dan kesilapan ejen.

AMARAN SISTEM: Ejen boleh mati di luar pilihan cerita jika Bateri mencapai 0% (Mati Bergelap) atau Kewarasan mencapai 0% (Mati Gila/Halusinasi).
  1. Sistem Immersive HUD:
    • Bateri < 20%: Seluruh skrin permainan akan berkelip malap seolah-olah lampu suluh rosak (Flicker Effect).
    • Mental < 30%: Bingkai skrin berdenyut warna merah terang dan audio degupan jantung mula kedengaran.
    • Mental < 15%: Denyutan skrin menjadi sangat laju dan audio jantung dimainkan pada kelajuan 1.5x ganda.
  2. Logik Pilihan Berhantu (Deceptive Trap): Apabila Mental jatuh ke paras < 30%, sistem akan menjana 1 butang rahsia yang menyamar sebagai pilihan logik (Cth: "Hemat bateri; jangan nyalakan lampu sekarang."). Menekan butang ini tidak akan membawa ejen ke jalan selamat, sebaliknya menyebabkan Kematian Gila serta merta.
  3. Syarat Inventori (ReqItem): Sesetengah pilihan dikunci dengan ikon Mangga (Cth: Membakar Entiti). Ejen perlu menemui Pemetik Api dahulu sebelum butang tersebut membenarkan akses.

6. Mekanik Mini-Game Kecemasan

Mekanik mengejut yang memerlukan refleks dan kepantasan. Gagal merespon akan mengundang bahaya fizikal.

  • Sistem QTE (Quick Time Event):
    • Cara: Garisan kursor bergerak laju dari 0% ke 100% berulang-ulang. Skrin bergegar dengan muzik cemas.
    • Aksi: Ejen mesti menekan butang STOP apabila kursor melepasi zon hijau. Kecerahan dan kelajuan bergantung pada tahap (Easy, Normal, Hard).
    • Penalti Nyawa: Gagal menekan pada waktu yang ditetapkan, ATAU kehabisan masa (Timer), akan menyebabkan Ejen cedera (-1 Nyawa). Jika Ejen ada baki nyawa, mereka dibenarkan melepasi halangan dengan amaran Cedera Parah. Jika nyawa sifar (0), Ejen terkorban.
  • Kunci Digital (Keypad Panic):
    • Ejen diberi masa terhad (Timer Bar bergerak laju).
    • Mesti menaip 4 digit kod tepat (cth: Tahun Nahas 1998) berdasarkan klu yang dijumpai. Gagal taip sebelum bar masa habis menyebabkan kematian.

7. Sistem Radio G. Pendek (AM EVP Radio)

Alat paling berisiko tinggi. Setiap kali butang 'IMBAS FREKUENSI' ditekan, ia memakan 2% Bateri dan mengambil masa 1.5 saat mengimbas.

Pada setiap kali Misi Baharu ditekan, sistem penjana (RNG) akan menetapkan 4 frekuensi rahsia AM antara 500 kHz hingga 1600 kHz (Gandaan 10). Jika pemain menebak frekuensi tepat tersebut, mereka 100% menerima kesan di bawah. Jika tidak, sistem akan melempar dadu peratusan nasib rawak:

Kesan Imbasan Syarat Pencetus Ganjaran / Penalti
Kripto (Jackpot) Frekuensi Tepat ATAU 5% Nasib Hujan Emas & +5 Kredit terus ke pangkalan
Risikan Tentera Frekuensi Tepat ATAU 10% Nasib Pintas maklumat, terima +1 Intel
Ketenangan (Heal) Frekuensi Tepat ATAU 10% Nasib Muzik klasik berkumandang, Pulih +20% Mental
Sergahan Hantu Frekuensi Tepat ATAU 25% Nasib Mesej berdarah, Jumpscare Audio, Tolak -15% Mental
Statik Kosong Baki Peratusan (50%) Desiran angin sahaja. Bateri terbuang sia-sia.

8. Panel Kawalan Pentadbir (Game Master)

Panel kawalan 'God Mode' yang disembunyikan daripada ejen awam. Akses hanya diberikan jika nama bermula dengan parameter admin: semasa pendaftaran.

  1. Suntik Sumber (Kredit/Intel/Nyawa): Pentadbir boleh menembak sumber ke UID/Nama mana-mana ejen. Taipkan "me" pada ruangan Kod Ejen untuk hantar kepada akaun pentadbir sendiri.
  2. Mode God (Unlimited): Menembak nilai 9999 untuk kesemua sumber ejen sasaran.
  3. Reset ke Asal: Melucutkan segala kelebihan Ejen dan memulangkan kembali statistik akaun sasaran kepada 0 Kredit, 1 Intel, dan 3 Nyawa.
  4. Perintah Banned (Sekat): Tindakan mutlak (Permaban). Apabila dilaksanakan, Firebase akan menghantar isyarat real-time kepada aplikasi pemain sasaran. Skrin pemain akan dipaksa gelap, amaran akan dipaparkan, local data dihapuskan, dan sistem akan mengunci sebarang akses masuk pada masa hadapan.
[ CONNECTING... ]
LOC: 0.00 / 0.00

Diskusi Bawah Tanah

Tinggalkan Komen