Fuh, akhirnya pangkalan data utama Aboz Adventures berjaya digodam masuk dan beroperasi sepenuhnya! Selepas berhempas pulas upgrade sistem UI gaya Cyberpunk ni bagi ngam, ini adalah log rasmi pertama (Log 001) untuk aku declare apa sebenarnya benda yang korang tengah tengok sekarang ni.
1. Port Utama Komander (Misi Kita)
Bagi yang baru sesat masuk, ini bukan sekadar blog biasa. Ini adalah markas rahsia aku, tempat aku kumpulkan segala projek, "racun" hobi, dan fail-fail yang tak lepas nak letak kat YouTube atau TikTok.
"Dunia luar mungkin nampak aku sibuk pasang soundproof studio, tapi dalam pangkalan data ni... korang akan nampak realiti sebenar di sebalik tabir Aboz Adventures." - Komander Aboz
2. Arkib Kandungan (Apa Ada Hal?)
Dalam masa terdekat, korang boleh jangkakan fail-fail ni akan mula 'bocor' kat sini secara berperingkat:
- Zon Berdarah (Gaming): Aku dah pencen MLBB! Sekarang ni port aku layan pelbagai jenis offline games, terutamanya genre HORROR yang boleh buat jantung luruh. Sambil tu, aku akan update projek bilik studio gaming aku yang tengah rancak.
- Zon Hitam (Seram): Arkib rasmi untuk Aboz Shadow Story. Skrip penuh, kisah di sebalik tabir, dan cerita-cerita yang terlalu dark untuk divideo-kan.
- Zon Peluh (Gaya Hidup): Di luar skrin, aku layan futsal (shoutout Black Mamba FC!) dan larian. Nanti aku "racun" korang sikit kasut running apa yang padu untuk dibeli.
Protokol Akses Maksimum (Penting!)
Sistem blog ni baru je lepas di-upgrade kaw-kaw. Nak layan markas ni dengan kelajuan dan feel sebenar? Wajib ikut 3 pantang larang ni:
- Pasang App Aboz: Tekan butang "PASANG APP ABOZ" kat menu tepi. Sistem ni akan di-install terus kat homescreen phone korang macam app sebenar. Laju gila bos!
- Aktifkan Dark Mode: Cari butang tema kat menu tepi. Kalau pakai Light Mode, hilang terus vibe hacker kita.
- Jangan jadi silent reader. Tinggalkan jejak kat ruangan komen kalau berani.
3. Sistem Amaran Tempatan
Khas untuk ejen-ejen yang gatal tangan nak buka label Horror nanti, baca ni betul-betul.
AMARAN SISTEM: Fail-fail di dalam arkib Aboz Shadow Story ditulis berdasarkan... pelbagai sumber. Membaca pada waktu malam adalah atas risiko anda sendiri. Jika skrin phone anda tiba-tiba berkelip, tutup dan tidur. Jangan toleh belakang.
4. Status Misi Semasa (Terminal Data)
Nak tahu aku tengah sibuk buat apa sekarang? Boleh usha jadual live kat bawah ni. Kalau status bertukar merah, maknanya aku tengah grinding teruk.
| Kod Projek | Status Operasi | Lokasi / Tindakan |
|---|---|---|
| #GAME-OFFLINE | Kritikal (Merah) | Meredah pelbagai game offline, fokus utama menyelongkar game horror. |
| #BASE-STUDIO | Sedang Berjalan (Kuning) | Projek ubah suai & pasang dinding soundproof bilik gaming. |
| #SYS-UPGRADE | Selesai (Hijau) | Pemasangan antaramuka Cyberpunk & Sistem App (PWA) berjaya. |
